Saturday, May 3, 2014

Ayor oh ayor..

Salam, catuan air dihentikan. Jika betul alhamdulillah, jika tidak takpe la. Sebenarnya kesian sangat bila air dicatu dekat jiran yang duduk atas. Especially orang tua la nak angkut air la. Tapi hujan je ada jiran yang masih tadah air hujan untuk menampung keperluan yang tidak mencukupi. Yela macam mana tak cukup, rumah kiteorang ni tak besar, ruang nak letak atau simpan air tu agak terhad. Cuba bayangkan rumah 2 bilik,  manala ada space sangat, tu belum lagi kalau anak ramai memang tidur sebelah baldila jawapnya.Susah jugak ayor mandang ni.

Tiba-tiba je kan, ayor mandang bermaksud air takde. Kena banyak sabar dengan dugaan air takde ni. Ingatkan kejap je catuan ni tapi dah nak masuk bulan yang ke 2. Ingat lagi pernah jadi macam ni jugak tapi rasa time tu lagi teruk tapi jangka masa yang pendek je. Lebih kurang seminggu je takde air tapi dugaan dia hanya Allah yang tahu. Sampaikan pergi rumah saudara nasib dekat je. Masa tu ambik air kat rumah mak cik di bangsar.

Bayangkan time tu malam ambik air penuh satu kereta. Sampaikan baju yang kiterang pakai pun basah sebab nak jaga botol air takut tumpah. Bila hujan turun, time nie je mak kite bagi mandi hujan, lepas nie memang kena marah la kalau ade hati nk gi mandi hujan. Sebab dah takde air dah, dan paling best semua jiran turun mandi hujan jugak. Dah macam pergi mandi air torjon je. Nasib takde makan-makan uolls. Hehehe.

Kadang-kadang sesuatu kejadian tu ada hikmahkan. Sebab air takda ni, teringat balik kisah dulu time kecik-kecik. Sekarang ni dah besar-besar.Hahaha. Sape yang tak pernah mandi hujan tu, memang baikla. Rugi tak mandi hujan.hehehe. Tapi jangan amalkan selalu karang demam pulok. Tak pasal-pasal kakak la yang kena marah dengan ibubapa korang sebab ajar anak orang main hujan. Hehehe. Jom mandi hujan...

Masih tadah air walau cakap catuan dihentikan. Tetiba takde air, tak pasal-pasal mandi p.ramlee. Sape tengok cerita p.ramlee je tahu. Sape tak tengok pergi cari mandi p.ramlee dalam senimam bujang lapok kalau tak silap..


No comments:

Post a Comment

Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...