Monday, March 10, 2014

Jika kembali pasti aku ceritakan tentang..mh370

Kawan..

Jangan kau risau tatkala aku di atas..
Dan jangan kau risau tatkala aku berada di bawah
Kerana semua yang berlaku adalah kehendakNya..

Sebab aku tak mampu nak halang benda ini terjadi..
Doakan kami agar selamat..
Tak kira selamat pabila..
kau melihat diriku..
Ketika tersenyum dan berjalan ke arahmu..
Mungkinkah kau akan melihat diriku..
Ketika tersenyum namun aku terbaring menantimu..
Maaf kerana tak mampu untuk melihat kawanku..

Ku mohon jangan pernah..
Melontarkan sesuatu belum pasti..
Kerana jika aku masih dipanjangkan umur dan kembali..
Pasti aku merasa sedih dan kecewa dengan semua yang tak pasti itu..

Kawan
Jika aku masih dipanjangkan umur..
Pastinya aku akan ceritakan semuanya kepadamu nanti..
Jika takdir memisahkan kita..
Biar keadaan yang menceritakan semuanya..

Kawan
Hanya satu permintaan dari aku..
Tolong doakan yang terbaik buat kami..
Jika Allah masih ingin kami kembali bersamping kawanku..
Alhamdulillah, semoga kami cepat pulang..
Jika Allah terlalu sayangkan kami..
Selamat tinggal kawanku..
Semoga kita berjumpa di sana..


#Mungkin Allah ingin menguji hambaNya. Doakan yang terbaik buat mereka di sana. Semoga selamat kerana mereka sedang diuji lebih daripada kita di sini.
Maaf jika ada kata-kata yang menyingung perasaan sesiapa.
#Mungkin perasaan ini tak sama apa yang mereka rasa di sana.





Please comeback for us.. mh370


No comments:

Post a Comment

Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...