Nak Cantik


Rawatan SPA di rumah


google ^-^

Masker putih telur

Murah, Mudah dan Berkesan

Bahan-bahan :
  • Putih telur ( tak kisah berapa biji better 1 pun cukup )
  • tisu
  • cermin (kalau buat sorang2)
  • muka anda (gurau jer)
Cara-caranya :
Masukkan minyak ke dalam kuali ehh tapi bahan tak de minyak nie nak masak ape pulak...hehehe, jangan marah yer salah resipi pulak. Nie yang betul ok, ambil telur dan ambil yang putih saja yang kuning tu boleh la masak ape2 jangan di buang pulak membazir je kan. Selepas asingkan, ambil tisu dan koyak jangan terlampau besar atau kecil, better kalau tisu tu ade 2 helai kan ambil 1 helai then bahagikan kepada 6 bahagian pandai2 uol la nak bahagikan tak kisah pun berapa bahagian tapi jangan terlampau besar atau kecil macam kite cakap tadi takut kalau besar susah nak tampal and kalau kecil banyak la kena buat penat tau..Tisu nie kegunaan nya nak tampal kat muka uol. Selapas dikoyak atau dibahagikan tisu tersebut, then bolehlah rendamkan tisu ke dalam putih telur tadi buat satu-persatu tau dan tampal. Sebelum proses menampal pastikan anda duduk dalam posisi yang selesa atau baring jika anda ade adik/kakak perempuan lagi senang boleh lah minta tolong tampalkan macam kat spa tu boleh baring sambil tidur best tau.
Pastikan anda menampal tisu keseluruh bahagian muka anda tidak termasuk mata dan mulut kang susah pulak nak berjalan ke terbatuk ke. Selepas siap tampal pastikan anda rehat dan tunggu sampai kering tampalan tersebut. 1 perkara yang di larang semasa proses tampal dan kering nie iaitu JANGAN KETAWA yer kang tak pasal2 habis Cik Miera di salahkan kerana tak jadi pulak. Kalau buat dengan kawan2 lagi best teringat kat hostel dulu macam spa pulak kat bilik then tunggu giliran pulak. Masa proses nak kering pulak boleh pulak kawan2 cik miera buat lawak sampai nak ketawa dah tak boleh, sakit menahan tisu kat muka nie kering. Selepas dah betul kering, bolehlah anda bersihkan muka anda dengan air. Anda akan merasa kulit muka anda berasa tegang dan licin kerana disebabkan protein putih telur tersebut dan lain2 khasiat. Rawatan nie digalakkan buat 1 kali seminggu, jangan pulak buat hari2 kang habis mengamuk mak anda kat dapur tinggal kuning jer putih semua sudah hilang. Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment

Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...