Monday, March 10, 2014

Jika kembali pasti aku ceritakan tentang..mh370

Kawan..

Jangan kau risau tatkala aku di atas..
Dan jangan kau risau tatkala aku berada di bawah
Kerana semua yang berlaku adalah kehendakNya..

Sebab aku tak mampu nak halang benda ini terjadi..
Doakan kami agar selamat..
Tak kira selamat pabila..
kau melihat diriku..
Ketika tersenyum dan berjalan ke arahmu..
Mungkinkah kau akan melihat diriku..
Ketika tersenyum namun aku terbaring menantimu..
Maaf kerana tak mampu untuk melihat kawanku..

Ku mohon jangan pernah..
Melontarkan sesuatu belum pasti..
Kerana jika aku masih dipanjangkan umur dan kembali..
Pasti aku merasa sedih dan kecewa dengan semua yang tak pasti itu..

Kawan
Jika aku masih dipanjangkan umur..
Pastinya aku akan ceritakan semuanya kepadamu nanti..
Jika takdir memisahkan kita..
Biar keadaan yang menceritakan semuanya..

Kawan
Hanya satu permintaan dari aku..
Tolong doakan yang terbaik buat kami..
Jika Allah masih ingin kami kembali bersamping kawanku..
Alhamdulillah, semoga kami cepat pulang..
Jika Allah terlalu sayangkan kami..
Selamat tinggal kawanku..
Semoga kita berjumpa di sana..


#Mungkin Allah ingin menguji hambaNya. Doakan yang terbaik buat mereka di sana. Semoga selamat kerana mereka sedang diuji lebih daripada kita di sini.
Maaf jika ada kata-kata yang menyingung perasaan sesiapa.
#Mungkin perasaan ini tak sama apa yang mereka rasa di sana.





Please comeback for us.. mh370


Dimana mh370..

Mh370..
Kau..
Terbang tinggi seperti pesawat yang lain..
Membawa 227 hati yang luhur..
Dengan penuh harapan dan juga tanggungjawab..
Merentasi beberapa negara untuk ke sana..
Tapi belum sempat kau laluinya..


Tiba-tiba hilang dari radar..
Kami di sini terus meghubungi..
Namun tiada sebarang maklum balas..
Kami cuba lagi mencari dan menghubungi..
Masih tiada jawapan lagi..
Kini hilang disebalik seribu persoalan..
Kami di sini bersama-sama mencari jejakmu..

Mulanya..
14 negara yang mengharapkan berita darimu..
Namun kini seluruh negara mengetahui kehilanganmu..
Namun kini kami bersama-sama mencari kesanmu..
Pelbagai bantuan yang kami peroleh untuk mencarimu..
Bersama-sama membantu tidak kira bangsa, negara mahupun agama..

Dimana kau menghilang..
Samada di sebalik awan yang putih atau..
Dibalik gunung-ganang yang menghijau ataupun..
Jauh ke dalam air laut yang biru..

Jika kau hilang dimana bekas kesanmu..
Jika kau masih lagi terbang tinggi..
Berilah kami secebis berita..
Dengan harapan agar..
Kami dapat beri apa yang kau mahukan..

Jika kau telah mendarat..
Temuikan lah kami jejakmu..
Walau ianya nanti..
Memberi kesan yang mendalam..

Kami di sini bersama-sama berdoa agar..
kau muncul lah..
Kerna kami di sini terlalu merindu hati itu..
Disebabkan hilangnya kau
banyak hati yang sakit merindui..

Hati..
Yang kau bawa jauh entah ke mana..

Ya Allah..
Kuatkanlah hati-hati yang menunggu khabar berita keluarga dan juga sahabat mereka yang hilang menaiki mh370 ini. Dan semoga tabah dan sabar menghadapi segala dugaan ini. Aamin..

Please pray for them..



Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...