Thursday, February 4, 2010

Ya Allah, Syukur.....22 tahun akhir diriku ini

Terima kasih Ya Allah
untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga
untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk
setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk
bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...
dan
terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang
aku alpa,
aku lupa,
aku tersilap
dan
khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besar kasihMu...
Engkau tetap melindungi aku
walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu
sebagai Khaliq

walaupun terkadang aku terbuai
dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.



Ampunkan aku Ya Allah
pabila aku merintih nasibku di hadapanMu.
Kalau bukan kepadaMu,
kepada siapa lagi harus ku mengadu?

Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...
namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah.
Adakalanya aku kurang kesabaran.
Ada masanya aku goyah keimanan.

Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan.
Namun dengan limpahan kasih sayangMu,
Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.



Dalam usia begini...
aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.
Dalam usia yang makin jauh ini...
aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim.
Dalam usia meniti senja ini...
aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.

Dalam usia ubanan ini yang
ku inginkan hanyalah ketenangan,
kekusyukan beribadah,
segala kesederhanaan
dan kerendahan hati
tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.



Ya Muhaimin...
pimpinlah tangan hambaMu ini...
pimpinlah hati hambaMu ini..
pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.
Ya Al Quddus...
sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna,
tapi kasihanilah aku...
bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...
berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya
Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku.
Hulurkan kepadaku bijaksana
agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya

Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah
atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.
Engkaulah Ya Maha Besar...
peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.



Terimalah permohonan hambaMu
yang sedang bermusafir di bumiMu ini

Ya Al Mudzill.



Amin Ya Rabbul Alamin.

Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...