Sunday, August 21, 2011

STUDENT UPSR

SIAPA NAK PERGI SEMINAR UPSR TAPI BERBAYAR

TEMPAT : KUALA LUMPUR

TARIKH : 5 SEPT - 11 SEPT 2011 (7 HARI)

INFO : ULANGKAJI TERAKHIR BAGI STUDENT UPSR DAN JUGA TIP-TIP MENJAWAB SOALAN


TIADA SOALAN BOCOR UPSR DIBERIKAN HARAP MAKLUM,
USAHA TANGGA KEJAYAAN OK..

(ISNIN SY @KAKAK BERI INFO SEPENUHNYA TENTANG SEMINAR INI)

TUNGGU


Wednesday, August 10, 2011

Salam Ramadhan n Selamat Study UPSR



sumber : internet

Dah beberapa ari puase baru nak update kan, biarla nie pun time tak boleh tidur la. Kerja dah mula berlambak-lambak kt office, orang ingat kite kerja macam nie, senang je. Sebenarnya banyak yg kena buat, mereka yg tak terlibat memang takkan faham hehehe...luahan perasaan yg di pagi sambil tunggu time sahur.

Sesiapa kt sini tahun 6 sile angat kaki, huhuhu ade ke budak tahun 6 or 12 years yg baca blog nie kalau ade sile la panggil i kakak yer not autie...Korang ehhh silap adik2 silalah siap sedia anda akan menempuh exam yg pertama paling besar dlm hidup korang sound like " the first examination".

Sekarang nie adik-adik kena lakukan banyak latihan seperti menjawab soalan tahun-tahun lepas tetapi pastikan adik juga banyak bertanya kepada guru-guru sampaikan guru-guru anda penat nak jawab soalan adik tu la. Yelah la time nie jer tinggalkan means lagi beberapa hari nak UPSR exam. Walaupun ayat-ayat di sini tunggang terbalik sila jangan lakukan di kertas soalan nanti ok.

Tip terakhir untuk adik2 n yang ade anak tahun 6:-

  • Pastikan anda sentiasa menjaga pemakanan sebabnya salah 1 faktor apabila nak exam like jangan makan asam (boleh membuat lupa not lupa ingatan terus ok)
  • Tidur yang cukup
  • Sentiasa bertanya macam2 perkara yg tak tahu biar cikgu tu menjawab soalan adik2 sampai pitam ok tapi bukan mintak jawapan yer dekat cikgu tu salah yer, habis kalau korang suka sangat tanya jawapan dekat cikgu, then time exam korang tanya saper...tanya penjaga exam adik2 tu tak pasal kena marah nanti...
  • Seronok2 juga time raya n main bunga api tapi jangan sampai lupa nak exam yer nanti ade yang putus jari la, terbakar la macam2 la..Hati2 yer tak yah la main bunga api lepas habis exam main balik yer...
  • Tengok astro tutor kalau korang malas sangat study dengan buku tekan channel 601

Semoga ramadhan kali nie memberi seribu makna kpd semua dan selamat mengulangkaji pelajaran .....


Thursday, June 16, 2011

Meh kita berdoa



Maksudnya :
Dengan nama Allah Yang Maha pengasih lagi maha Penyayang
Ya Allah....! Bukakanlah untukku pintu, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu keampuanan, pintu-pintu syurga
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualiakum..Hari nie kita berdoa tentang pintu, nak what's pintu.....? Pintu sebenarnya ibarat Pembuka , pemulaan sesuatu contoh macam pintu rezeki, pintu keselamatan (not peti keselamatan ok...) n banyak lagi meh ikut berdoa...

Wednesday, June 15, 2011

Jom Berdoa


Maksudnya: Ya Allah, sebagaimana engkau memperelokkan kejadian ku, maka engkau elokkan akhlak ku juga

korang mesti suka sangat nak tengok cermin banyak kali kan padahal dh 10xxx tengok, meh amalkan doa apabila melihat cermin sambil2 tu nak cantik2 n lawa dapat pahala jugak kan....hehehe

Klik kat gmbar sebab kalau tak nampak (memang tak jelas pun) malas nak edit sebenarnya...

Friday, April 15, 2011

Rubber Milk right ?

Assalamualaikum..hai, td petang hujan lebat nasib baik naik kereta kalau tak dh basah kuyup le jawab yer. Hari nie kerja ok tak tension2 ok relax and stady jer. Tadi sempat jugak la belajar and memahami subject chemistry subject yg susah time sekolah dulu tapi sangat suka buat lab jer. Sebab yer bila time lab tu rasa menyabarla sikit nak tengok hasil ujikaji. Kalau la saya nie pandai subject chemistry dh tentu2 jer saya nak kerja kat bahagian lab jer.

Tadi nengok bebudak form 5 nie belajor pasal susu getah. Susu getah sebenarnya berasal dari pokok getah , macam la korang tak tahu susu getah dari mane ye saje jer. Sambung, susu getah nie dipanggil LATEX dalam sains ok. Not rubber milk, sah2 orang putih tak paham nnti yer. Latex nie kalau dibiarkan, ia akan beku sama macam susu kalau kite biarkan susu dalam gelas atau botol di udara tanpa di tutup, esok pg tentu menjadi beku. Kalau susu tu dah beku jadi yogurt la kan? memang la yogurt tu asal dr susu tapi jangan korang pergi minum susu tu walaupun macam yogurt rasa masam karang tak pasal2 korang dapat penyakit beri-beri ok.

Susu Getah

Latex ni akan dicampurkan dengan cuka getah (ape ntah dlm sains, search sendiri) untuk mendapatkan getah yg beku dengan cepat. Cuka getah sangat bahaya sampaikan orang sanggup membunuh dengan cuka nie. Salah sikit nak simbah dengan cuka nie. Sesedap hati jer nak simbah cuka nie kat muka orang kan, banyak la juga kes tak si isteri simbah kat suami pasal nak kahwin lain atau si suami yang simbah kat isteri pasal tak puas hati, nak suruh dicerai la macam2 sekarang nie asal boleh je nak puaskan hati sendiri tapi orang lain yang merana.

Biji Getah

Pokok getah nie sekarang dah macam pokok kelapa semua boleh pakai dr atas sampai ke bawah.
Batang getah boleh buat perabot, daun boleh buat bunga , susu dah tetentu2 la banyak gunanya dan biji getah nie boleh buat hiasan atau orang dullu pakai buat main congkak. Dah la sekarang orang sibuk2 nak toreh getah, kat kg siap kena curi susu getah lagi sebabnya susu getah dah mahal sekarang nie. Sampaikan dulu kalau nak kahwin belum sempat cakap boyprenz kerja penoreh getah, dah sah2 kena halau, suruh putus atau belum dapat nak pijak rumah perempuan tu la. Sekarang nie belum si lelaki nie sempat masuk minang, nie dia mak bakal pengantin perempuan nie masuk meminang yg lelaki nie takut kena kebas orang. Ye la sekarang nie harga getah jauh berbeza.

Dulu (tahun 80an) 1kg- RM0.60
Sekarang (tahun 2000an) 1kg-RM8.00

tu baru 1kg, kalau lebih tak ke kaye. Lepas nie boleh tanam pokok getah kat kl, sebabnya kat kl susah nak dpt kerja and taraf hidup pun tinggi. Boleh ke kitorang nak tanam pokok getah kat sebelah rumah kitorang nie kat kl nie, Yang Berhormat (YB) ? Lepas nie tetentu orang Kl tak payah nak kerja pagi petang siang malam.. heheheh gurau senda jer.




Monday, April 11, 2011

Haaaa Bubur Perak, keteeepiiii....keteepiiiii....

Tajuk tak hengatkan. Ye le skrang nie kome (korang-bg yang tak paham) sibuk bebenor dgan trademark HKLBR ale hantu kak limah le. Trademark Tgn Keteepiii...keteeepiii... kite bako,kite bako... bile dh cakap perak nie teringat pasal kedai bubur perak. Tapi sebenornye ade bubur perak iaitu nama bubur anak lebah. Harap kedai bubur perak boleh le tambah bubur anak lebah walaupun susah nak buat yer kome... Sape suke makan bubur Perak sile angkat tgn macam saye nie...
Bubur Perak..Ingat tak entry nie ala pasal bubur tu kepada sesiapa yang nak cari kedai nie boleh le ke alamat yang di bawoh nie. Maybe next time boleh la ambik gambar kedai n semua bubur ok... Beralamat di laluan Ipoh Lumut, kawasan Titi Gantong, Daerah Bota, 32600 negeri Perak,. Pengasasnya : Encik Badri bin Haji Hamzah Usahasama : anak-anak Mula ditubuhkan : tahun 2002 info : segala hasil dan sumber makanan dijamin 100% halal

No picture cos my lappy rosak, next time ok...

Friday, April 1, 2011

Selamat Pengantin Baru

Sekarang nie tak kira musim cuti sekolah pun still ade majlis perkahwinan kan . Tapi biasanya awal bulan dan hujung bulan mesti banyak undangan majlis perkahwinan yang akan dihadirikan. Sampaikan sekarang nie kiteorang family, dapat undangan masing2 je dapat pergi tak macam dulu kalau ada jemputan 1 family pergi nie, skrang kalau sorang tu dapat undangan, dia sorang jer pergi sebab yang lain pun dapat juga undangan jadinya masing2 punya hal la. Skrang kiteorang 1 family mesti dapat undang setiap minggu sampaikan pening.. yelah tiap2 minggu ade je. Bila la kiteorang nak rest dari makan nasi minyak haha..Jangan sampai karang ade yg naik berat badan yer huhu...
Tahun 2011 banyak kiteorang dapat undangan sampai my mum naik merajuk yer la anak2 tak pergi majlis wedding sedara yg tak rapat tu. I'm sorry tambah lagi saya bekerja pd ari ahad. Bile la dapat kerja yang cuti sabtu dan ahad, rasa best jer tengok orang dapat cuti sabtu n ahad. i cemburu dengan korang tau...sanggggat2 jealous. Yelah time tu la nak rest, kumpul2 dgn family n friend k, dating yang paling penting tau.... Selamat Pengantin Baru to Pn. Siti n En. Alus, hope you'all happy selalu n dikurniakan cahaya mata yg soleh n solehah also berbahgia hingga akhir hayat. Cerite pasal wedding korang nnti dulu la.....

Monday, February 28, 2011

10 BUAH YANG SELAMAT DI MAKAN


10 buah yang paling selamat dimakan untuk setiap hari iaitu :-

1. Lobak (tergolong dalam buah yer)


2. Epal
(warna hijau (paling sesuai utk diet) @merah)


3. Pear


4. Limau (orange)

5. Anggur (hijau @merah)


6. Jambu
(tak pasti samada jambu air @ batu asalkan jambu la)


7. Tembikai


8. Betik



9. Markisa
(first time dengar n tgk nama buah nie)



10. Tomato


Selain itu buah belimbing juga harus dikurangkan bagi penghidap buah pinggang. Sebenarnya terdapat juga buah yang tidak baik untuk di ambil terutama bagi mereka yang ada penyakit tertentu seperti buah nangka, durian, pisang dan juga nanas yang boleh mengundang glukosa yang tinggi dan perlu dielakkan oleh mereka yang menpunyai penyakit diabetes. Jika mereka yang mempunyai penyakit gastrik pula, tidak digalakkan mengambil buah pisang embun tetapi selamat bagi jenis pisang yang lain. Buah durian adalah paling tidak sihat dimakan menurut pakar pemakanan. Had buah yang perlu di ambil epal sebiji, anggur lima butir (butir kot), betik dan tembikai sepotong (potong sederhana jgn melampau sudah potong yer)

Tuesday, February 8, 2011

Lumut Pulak



Sebelum sampai ke Lumut makan bubur maka dengan ini kenyangkan. Tak yah makan kat lumut tu, sebab dah tahu mesti crowded dengan orang sebab ramai yang nak ke Pulau Pangkor n baru sampai dr P. Pangkor tu. Parking sampai kat belakang mana ntah menapak jugak la. Tapi paling best pergi lumut dapat hirup udara pantai la angin jangan cakap la.

Misi utama adalah membeli hasil laut macam keropok la, ikan masin, sotong macam2 ade sampai borong tak ingat la.
banyak pilihan baju Maxi

Topi pantai tak sempat pergi la kalau dapat mahu pening tauke kedai nak layan, nak yang tu tauke, yang sana atas sikit, bukan, yang warna biru tu..
ramai sesangat
siput gergasi lambang Dearah Lumut kut

Bubur Perak


Baru-baru nie cuti raya cina balik kg kat perak la mana lg kan, bukannye nak duk umah je asik keluar je ade je aktiviti yang nak di buat. Ade la satu hari nie sebelum nak pergi ke lumut singgah 1 warung tepi jalan, kiteorang makan bubur. Macam-macam jenis bubur ada ade bubur jagung, ubi keledek, pisang la macam2 la...Siap ade bubur lambok lagi sedap, menyesal sebab tak order bubur lambuk.

Nama kedai tu nama Kedai bubur perak la tak perasan nama full kedai tu tapi kedai nie betul2 area menuju ke lumut dan juga pulau pangkor dan juga berhampiran dengan uitm sri iskandar . Tak pasti nama kg tu selepas jambatan titi gantung, then nampak masjid belah kanan betul2 warna hijau macam lambang pas tu (no politik di sini hehehe) depan sikit je belah kiri ade kedai bubur tu n jual pisang goreng di situ. Gambar agak selekeh kan sebabnya masing2 nak rasa tolak sini tolak sane mane tak melelehnye. Sedap wooo kat KL nie ade maybe lain sikit kot.. kedai nie dibuka pukul 3 hinnga 7 ptg.

bubur pulut hitam

bubur ubi keledek

bubur jagung

Thursday, February 3, 2011

Dalam hatiku....


Penantian - band kertas

Bulan dengarkan lantunku
bintang temanilah aku
terangi gelap malamku

aku ingin engkau tahu
ku kan selalu menunggu
hilangkan rasa letihku

Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku

dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku

hanya dirimu ...
beri malamku yang menghiasi jiwa
yang rapuh
terlalu merindumu
hoo oo ooo....

Bila nanti kau mengerti
kumohon terangi aku .....

dalam hatiku
ingatkan aku
untuk menahan rasa hati lelahku
yang slalu ...
rindukan tawamu dalam hatiku
ingkatkan aku ku kan tetap menantimu
hingga hati itu


Lagu yang sangat syahdu bila dengar n konon2 yer macam dalam cerita "menantu tip top"
time sari yanti tengok suami dia...

Wednesday, February 2, 2011

'Pak cik' saya konon yer....


Semalam dapat 1 mesej dari 'p'cik' kononyer...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Tlong bagi kredit Mexis RM30, ke number Phone baru p'cik 01#-####### p'cik lgi ada masalah kat belai police , ta payah call kejap p'cik call.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Tak paham betul la, ari tu berita cam nie ade keluar, kalau tak silap ade keluar dalam paper metro kot kan, ini dapat lepas tu no fon yang antar mesej nie tah ape2 jer.

Tapi masalah yer pak cik gue (bahasa indonesia) ade di London bukan di malaysia...hehehe (tipu jer, pak cik saya ramai ok...)

Saya dan my family, sedara-mara, sepupu, sepapat tak guna panggilan pak cik pun apetah mak cik...Panggilan untuk lelaki dan perempuan yang berpangkat pak cik n mak cik akan di panggil acik (nama panggilan)....Sorry la awal2 lagi dah salah...

Rasa yer Pak cik n mak cik saya pandai nak mengeja kot...
1- Belai police -balai polis
2- Mexis -Maxis

Takkan la pakai no baru, mesti bagi tahu punyer la kalau pakai no baru...n satu lagi mesej yang tertulis "ke number Phone baru P'cik" takkan kat balai polis ade jual nombor telefon @ prabayar kot, pelik la...

Rasa yer pihak polis akan bagi untuk menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan sesuatu.

Tak payah la nak buat kerja yang tak berfaedah nie dan lagi satu membazir kredit je.


Monday, January 17, 2011

bosannnn la....

Tak boleh tidur la cos tadi dah tidur dh nie macam orang kerja malam pulak tak tidor..hrmm
macam tengah fikir tentang masa depan yang tak tahu perjalanan semakin jauh lagi atau tak. Macam di fikir tentang nak kerja k nak belajar by the way memang hati nie terigin nak belajar lagi tapi demi keluarga kukorbankan jua. Nampak my parent dh tak larat lagi nak bekerja especially my mum. Kadang2 tak sempat nak urus rumah tanggan (walaupun dalam rumah tak de tangga kan luar rumah ade la) insyallah kalau ade rezeki orang dapat kerja tetap dan yang serasi ok mum boleh goyang kaki jer kat umah yer.. Susah jugak nak cari kerja sekarang, sebelum nie kerja tapi memang tak boleh la rasanyer yang kerja sebelum nie. buka cerewet tapi nie memang hakikat yang orang tak dapat nak buat lagi hati dah tak der means tak de perasaan nak buat kerja tu lagi nie kerja kat jln tar...

Fikir pasal azam nnti la cerita tak de mood la nak stor hari nie....

Thursday, January 6, 2011

Saya kambing hensem....


Situasi di radio K. fm .... (nama radio nak tahu ke, pandai2 la cari)

D :Deejay@Penyampai radio (nama sekarang yer)
P: Penelefon (boleh la x tahu nak panggil apa)

Lapor diri anda .....

D: Siapa di sana?
P: kambing hensem...

D: Siapa di sana?
P: putu piring..

D:Siapa di sana?
P: nik anje...

Pelik2 jer dengar nama yang dorang letak nie..Nama yg tak boleh blah la biler ada orang jawab nama saya kambing hensem...tolonglah kalau kena ejek nama kambing tu confirm terus kejar orang yg ejek tu satu kg kot...malu laaa. Macam2 la sekarang nama panggilan la, nama rahsia la, nama pendek la, nama panjang la, nama timangan, nama manja nama kat umah la susah tol la nama kalau dh banyak2 nie... habis tu setiap orang ade banyak nama kira2 ade 4 nama kot.. nak glamour la tu, tak nak pakai nama parent kasi tu.. dh sedap2 pi tukar tp jangan tukar jantina sudah la yer tu tak ok yer nama nak tukar tak per...


nama saya kambing hensem boleh panggil hensem la
tak nak panggil kambing ok....(tiada kaitan dengan nama di atas yer)

Monday, January 3, 2011

Tips Elakkan Bahaya Kosmetik



Jangan menambah sesuatu dalam produk kosmetik. Ia menyebabkan mudahnya bakteria berkembang dan hidup dlm produk tersebut. Selain itu kulit juga akan menjadi rosak. Disebabkan nak jimat n nak beli yg baru tunggu cukup bulan, ade yg pandai sangat tambah air la..hurmm cam pernah buat jer ...

Jika anda ada alergi @ alahan bila memakai sesuatu produk kosmetik , contohnya kulit jadi kemerahan, pengelupasan kulit muka yang teruk janganlah memakai produk itu kerana tidak sesuai untuk kulit. Ade sesetengah produk bila pakai kulit akan mengelupas pastikan mendapat nasihat pakar dahulu ala pakar like orang pernah pakai produk tersebut ke, tauke jual produk tu k tak kisah asal boleh percaya tapi jangan terlampau percaya sangat.

Lihat warna produk kosmetik tersebut jika bertukar warna @ bau, like bau strawberi jadi masam, buang je la beli lain kerana ade bakteria.

Kalau ada sebarang jangkitan @ penyakit di sekitar ma
ta elakkan memakai maskara @ pembayang mata kerana ia boleh menambahkan @ memburukkan lagi penyakit @ jangkitan tersebut. Tak payah nak cantik sangat bila mata tak sihat nanti ade jugak orang yang lari lintang pukang tengok mata cam mata hantu pulak.

Pastikan alat solekan @ produk kosmetik ditutup rapat untuk mencegah kuman dan bakteria. Selalu berlaku bila nak pergi kerja pagi2 @ pun nak cepat keluar last minute siap hurmmm..biasa la tu.

Elakkan terkena semburan aerosol @ asap rokok kerana boleh menyebabkan rosak produk kosmetik tersebut. Habis dah nyamuk bersarang tak kena sembur jugak...

Elakkan menghidu bau2an produk kosmetik kerana sebahagian kandungan kimianya boleh menyebabkan kerosakkan paru2 sebahagian produk sahaja. Suka sangat nak bau dulu terutama bau buah-buahan ..

Elakkan berkongsi @pinjam produk kosmetik orang lain kerana tidak bagus untuk kulit mungkin ade tumbuh jerawat. Suka sangat pinjam bila tengok kawan tengah make up..

Paling digemari oleh wanita yang ingin membeli sesuatu produk kosmetik iaitu tested produk dahulu, cuba pakai di tangan @ di tisu untuk mengelakkan bakteria pada kulit. Kalau boleh nak test sampai penuh kat muka tak payah susah2 nak beli, datang cakap nak test boleh? lepas tu gi dating la hahaha..semata-mata nak make up free...

Nak cantik and comel macam Lisa surihani...boleh?
she so beautiful
bertuah siapa yg dapat menawan hati lisa nie....
sy peminat anda sis Lisa...(^-^)


Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...