Monday, June 14, 2010

Sky Of Love a.k.a Koizora


Cerita yang diadaptasi dari novel terkenal dan paling popular di Jepun

Filem Romantik Jepun

Pelakon :
Yui Aragaki as Mika



Haruma Miura as Hiro


Sinopsis :

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar perempuan iaitu Mika mengalami perubahan drastik dalam hidupnya apabila berjumpa dengan seorang lelaki iaitu Hiro juga pelajar dari sekolah yang sama dengannya. Kisah ini bermula, apabila Mika tertinggal handphonenya di library dan ketika itu Mika dikejutkan dengan panggilan yang tidak dikenali olehnya.. Selepas itu mereka sering berbalas mesej dan juga panggilan. Pada suatu hari, Mika ingin berjumpa dan melihat wajah sebenar Hiro, namun sangkaan Mika meleset apabila orang yang ingin Mika ketemui adalah seorang pelajar nakal di sekolahnya iaitu Hiro. Selepas itu, Mika tidak percaya orang yang selama ini dihubunginya adalah Hiro. Sewaktu balik dari sekolah, Mika mengikuti Hiro dari belakang ke suatu tempat dimana Hiro menanam bunga yang ingin diberi kepada Mika. Dari situlah ,Hiro dapat mengambil hati Mika dan bermulalah percintaan mereka. Hiro sebenarnya seorang yang baik dan bukanlah seorang nakal seperti yang didengari di sekolahnya. Seperti pasangan lain, mereka juga mengalami halangan dalam percintaan apabila bekas kekasih Hiro iaitu Suki mula menganggu hubungan mereka. Setelah beberapa lama kemudian, Hiro ingin memutuskan hubungan dengan Maki tetapi berita lain pula muncul dimana Mika telah mengandung disebabkan ketelanjuran mereka. Hubungan mereka kembali bertaut, apabila mereka bakal menimang cahaya mata. Mereka merancang untuk berkahwin namun keluarga Mika tidak bersetuju dengan rancangan tersebut dan menyuruh untuk mengugurkan kerana mereka masih muda dan bersekolah. Pada malam krismas, berlakulah kejadian Mika terpaksa dibawa ke hospital dan akhirnya Mika keguguran. Mereka berjanji setiap tahun malam krismas akan mengunjungi pusara anak mereka. Akhirnya mereka memutuskan hubungan dan menjalani kehidupan seperti biasa. Mika berkenalan dengan Yu dan dia banyak menolongnya ketika susah terutama apabila ibubapa Mika ingin bercerai dan Yu telah berjaya menyelamatkan keluarga mereka daripada berpecah belah serta mengajar Mika dalam pelajarannya sehingga Mika dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Selepas beberapa tahun iaitu pada malam krismas Mika datang seperti biasa tetapi kawan baik Hiro datang sebagai ganti Hiro. Akhirnya terbongkarlah rahsia Hiro selama ini kenapa Hiro ingin sangat memutuskan hubungan mereka. Mika sangat sedih apabila mendapat tahu tentang keadaan Hiro dan berjanji akan menjaga Hiro. Selepas itu, mereka bersama semula dan bahagia tetapi selepas itu Hiro telah......watching this movie ok kat astro channel 131, sy tak tulis smbgan cerita ini disebabkan tgh geram tgk slot cerekarama kt tv3 Sutera sebalik wajah sedih:-)....

Comment:
cerita yang menarik about teenage n loving couple
...

L.o.v.e story by mi e ra (pronounce in japanese ok)...

Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...