Friday, December 31, 2010

31 Dec 2010.....


Salam...semalam 30 dEc right...Kite dah berhenti kerja, kat tempat baru at Masjid jamek sbb x sesuai ngan jiwa la..perrrh tak la sebab kite rase tak dapat beri commitment dgn penuh la. tak payah nak susah kan orang lain yer..Tapi satu jer, sebab sebelum nie asyik ternampak someone guys yg selalu makan kat tempat kite selalu makan asyik2 muka die jer tak der orang lain yg kite nampak, tapi sebelum nie suke tgk kawan die cam nice tp sombong jer. Kite tgok kawan die, die pulak yg perasan ehhh tolong la...hensem bolehla tapi die tinggi sangat la....huhuhu Lepas nie awak x nampak muke kite lg tau hahaha, mesti diorang tertanya "mane that girls hahaha yg selalu tgk ak tu, alamak hilang pulak peminat kan ? macam tu kot bunyi yer aahahahah..Ok la semoga jumpe lg kalau ade jodoh huhuhu....ayat tak boleh la jer. Tadi bukkak la blog awek Fahmi kan sape la tak kenal ngan KFCM ttu dia...Nasib la Si KFCM nie dh ade awek kalau tak beratuk nie dari johor sampai perlis nie nak jadi awek si KFCM nie, macho la katakan ...tahniah yer kepada KFCM ehhh bukan unutuk KFCM jer yer untuk team Malaysia yg berjaya mengharumkan nama negara.

Gambar team football malaysia 1

Saturday, December 25, 2010

Convo day.....






Gambar Menceritakan Segalanya...
(malas nak translate orang putih nie tak ingat)

Bebudak Askar


My Classmate (umul, ct, rahmah, kak ayu, akmal, me ,ustaz hadi n nad)
Sila abaikan muka topeng tersebut mmg gaya dlm gambar luaran tidak bertopeng yer...



Not My Grandfa ok...








With Junior



My bestie (me, nisa n ct)





Dimanakah saya???





3 sepuluhhhh..... mai pilihhh (ingat pasar malam k)


Itulah gambar di hari konvo saya...(skema giler ayat)


Petua For Pemuda.....

Nanti tuggu pasal update Elakkan bahaya kosmetik ok n banyak lg pasal kecantikan also the Petua for Pemuda.... Suka entry colorful...
Kosong no idea la nak tulis....nnti la nak update

Selamat Bekerja kepada sesiapa yg kena kerja di hari cuti... Selamat Hari Krismas

Monday, October 25, 2010

Tiba-tiba...


Assalammualaikum, semoga hari-hari yg kita lalu nie akan di isi dengan perkara yg berfaedah dan baik2.

Tiba-tiba je kan, hanya Allah sahaja yg tahu perasaan nie, tak tahu nak kata and macam mana nak diungkapkan. Macam-macam cabaran yang menduga pd diri nie.




Ya Allah, Engkau Maha Pengasih dan Penyayang tunjukkanlah jalan yang harus ku lalui ni dan berikanku kekuatan untuk melaluinya... Amin

Friday, October 15, 2010

TAK SELALU PERGI PAVILION ??





VS






Hari nie mengantuk giler sambil buat kerja, sampai ada staff yang tertidur. Biasala kan dah balik lambat confirm tak cukup tidurkan. Tapi tadi dalam sibuk-sibuk kat office kena buat sibuk nanti cakap tak de kerja pulakkan, mmg banyak kerja pun tak payah nak buat sibuk. Then datang la 2 orang like jurujual, but at the first sight ingat nak jumpa bos ke ade benda nak bincang pasal kerja ke. Alih-alih kenalkan diri and selalu pergi PV tak?. Tiba-tiba tanya soalan macam tu. Then balas cakap tak, boleh pulak orang tu cakap balik tak selalu pergi PV k? dgn muka pelik. Pelik ke kalau tak selalu pergi PV tu. Pelik sangat ke atau macam orang kg. Lepas tu orang tu cakap ada tawaran ape tah malas nak layan cakap tak pe la. Then orang tu pergi kat my officemate maybe she layan n dengar la apa yg mereka cakap tu. Tak kuasa nak layan hey. Baik buat kerja lain karang bos mengamukkan sape yg susah semua akan takut tapi HATI baik ohh.

Pelik ke kalau tak ke PV tu, but acctually tak pernah masuk PV tu takat lalu ada la. Macam tak sesuai la nak pergi sane, jalan2 boleh la takat nak shopping tu non ade dalam list kot. Kalau ade Putera yang nak belanja boleh la sila la belanja saya shooping. Saya nie orang kgtapi duk je dalam town besar punyakan. Tambahan dgn masa kerja yang macam nie, non ade masa la nak shopping nie dgn family pun jarang sangat spent time. My tahap paling mahal pun kat sogo n JJ tu pun time sale je. My favourite place to shopping is tak lain tak bukan ialah JALAN TAR. Macam2 ade kat situ cakap je cuma my mak kate mak ayah je yang tak ade jual kalau ade dah lame beli. Kesian jer dengar my mum cakap cam tu. :( Biar la shopping dengan hati yang senang sebab bayar tunai siap boleh mintak discount tak payah fikir apa2 lagi terutama kat JLN TAR , tapi kalau shopping dengan susah hati sebab guna kad kredit dan belum tentu bila lagi nak bayar buat pening kepala je. Terpulanglah pada pendapat masing2 duit korang, suka hati korang la nak nak buat ape.


Wednesday, October 13, 2010

Nak Tolong Pun Susah, Tak Tolong Pun Lagi Susah....

Hal ini berlaku di KL.. Sila ambil perhatian kpd sume kwn ku..

Hal ini berlaku di KL baru2 ni..cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, diahampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dahsesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekepingkertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan locengpintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayarberkuasa tinggi.
Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


P/S: Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biarnaluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan dari FB kawan saya punya kawan...Tidak pasti kebenaran berita ini, tapi sentiasalah berhati-hati.

Rasa yer bukan kat KL jer tempat-tempat lain pun kena berhati-hati juga. Kadang2 nak tolong pun pikir banyak kali bukan 2, 3 kali tapi lebih. Kalau tak tolong cakap sombong la, tak prihati la, penting darjat la macam2 la. Selagi kita boleh atau mampu tolong, kita tolongkan bukan yer nak kejar pahala sahaja niat pun kena betul juga. Sama-sama kita berdoa semoga apa yang kita lakukan dalam setiap perkara atau perbuatan mendatangkan kebaikan kepada diri kita sendiri dan yang lain2.



Friday, October 1, 2010

membuzykan diri untuk mengkonvokan diri

Hari nie 30 Sept, gaji belum masuk lg tapi still nak shopping n membayar apa yg patut duit pun cukup2 je..Sabar, Banyak betul la nak pakai duit bulan depan nak beli baju, kasut, shopping2, jalan2, sebabnya nak pergi konvo yahooo.... Selepas tamat belajar tahun lalu, hampir nak masuk 10 bulan baru konvo sebabnya lagi majlis konvo hanya dilakukan setahun sekali digabung student mei n dis intake. Selesai hari nie untuk surat kehadiran semoga surat tu sampai dengan selamatnya. Then, malam pikir pulak pasal nak duk mane kat johor tu tak kan nak tidur dlm kereta kan k, atau masjid kan tak patut2 kena la book hotel.
Ade 1 hotel nie nama nya sedap Rose cottage memang best la duk hotel nie, siap dah tanya semua benda perkara nak bayar la ape la sekali full 1 hari je ade tak de rezeki, tak kan la nak tidur 1 hari je kat hotel tu lepas tu merempatkan then telefon lg hotel lain, full la...sabar jer la dalam hati dah siap kate hai ade yang tidur kat dalam kereta depan pintu pagar pak guard kat dewan konvo tu jugak...:)
nie katalog k ape ntah tak ingat name benda nie pasal hotel rose cottage tgk cantik j dari luar dlm ok kot. Harga sangat berpatutan, pihak hotel rose cottage sila beri bilik percuma kpd saya sebab saya telah terpromosi hotel anda....hehehe gurau2 jer kalau ade rezeki next time sy book hotel anda lagi ye....akhirnya ade la 1 hotel nie nama pun best tapi tak pasti service macam mane nama hotel nie ala-ala 5 star gitu The uni garden hotel, best2 kan nama hotel nie, semoga service kat sini ok, kalau tak, tak nak sebut nama hotel nie tau. tak tahu la kepala nie pikir macam2 benda tapi tak tahu hujung pangkal. Ya Allah kuatkan la diriku menempuh segala dugaan dan cabaran dalam kehidupan nie. Amin

X.O.X.O

Saturday, September 11, 2010

Salam Lebaran...


Assalammualaikum, rupanya dah raya hari nie kan tapi kite bangun lambat sampai orang dah siap sembahyang and makan also tangkap2 gambar kite baru nak bangun. Salahkan ubat yer tu pasal bangun lambat kesian ubat yang di salahkan. Sebabnya 2,3 hari nak raya tetiba datang pulak penyakit selsema and sakit tekak. Hari nie sempat beraya di rumah nenek saudara dekat jer dengan rumah dennn eish tetiba jer cakap ngori.. Belum sempat nak pakai baju raya tak tahu kenapa la, tengk baju tu tergantung jer ntah biler nak pakai sebab raya kat kl dulu tu pasal la. Esok insyallah mungkin akan menziarahi kubur arwah datuk belah abah kat ampang then terus pergi rumah my untie la a.k.a kakak abah yg ke 2. Sebelum ape2 Selamat hari raya semua muslimin dan muslimat mohon maaf zahir dan batin.


Hari nie hari raya tulisan pun nak berwarna-warni macam baju raya...^-^

Friday, September 3, 2010

saya nak cuti....

Asalammualaikum...
salam Ramadhan, pejam celik pejam celik dh hampir ke penghujung Ramadhan.. dah lama sebenarnya nak cuti hari nie baru dapat bercuti, bukan cuti2 malaysia tapi cuti setelah bekerja. Tempat saya bekerja nie tak kisah bila2 nak cuti asalkan tidak lebih limit, 4 kali cuti dlm sebulan... ohhww tak buat entry saya sudah bekerja patut macam janggal jer cerita pasal cuti nie. Entry lepas saya pergi temuduga dan esoknya saya dipanggil bekerja, Alhamdulillah setelah lama menggangur iaitu hampir 7 bulan lame tu kalau sesiapa yang mengandung tu hampir nak bersalin dah.:) Tak pe kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya sangat seronok untuk pertama kali bekerja nie. Sebab ada rakan2 sekerja yang sangat baik dan memberi tunjuk ajar kat saya Thank Q uols..i love with you alls.. Saya bekerja bermula pukul 1 hingga 11, lame tu keja ape tu? Saya bekerja di Pusat Tuisyen la tu pasal lo.. tapi saya tak kisah asalkan ade kerja dan kerja tu halal. Ingatkan nak ke bank hari nie sebab nak buka account maybank sebab gaji akan masuk ke a.k.a bank harimau :) tapi badan nie rasa penat dan cuaca yang sangat panas tergendala la rancangan tersebut. Malas nak berjalan sebenarnya.. then nak after ke bank nak ke Jalan TAR nak tengok2 kalau ada yang berkenan di hati and sangat merindu untuk berjalan ke Jln TAR unttuk mencuci mata yang dh lama tak cuci mata nie naik berhabuk..hehehe tak pe maybe next week kot after dah start cuti.. senang sikit tak payah pikir pasal keje nanti.. Tengok la saya akan bercuti selama 8 hari jangan marah ok sape yang tak cuti lama tu..

Saya dah kerja...^-^

Tuesday, August 31, 2010

sUkE dEngAn hAsIl nUkIlAn bElIAU....














Siapa nak tgk banyak lg hasil macam nie siap ade lagu kn, kite jer malas nak taruk lagu...nie ha kelik jer nie orang malaysia belajar kat jepun nun, sebab En.zack nie study kat jepun, dulu suke sgt nak gi nak pergi jepun tapi tak tahu kenapa and sebab maybe tengok kat tv kot terutamanya majalah 3 selalu buat cerita jepun negara matahari terbit tu pasal la...
suka la kalau dpt kejutan macam nie, macam best jer rasa yer...tu yg dinamakan kita hanya merancang tp Allah yg menentukan segala...Mula2 kita rasa nak kawan2 jer and tak sangka2 si Dia suka kat kita kn..Biasa la tu kn mula 'kawan',lame sikit 'kawan rapat', lepas tu bila kawan2 tanya, ala kata 'teman tapi mesra' jer sebab kemana2 berdua saja and then 'declare', tapi bila dh lama sikit, mulalah nak kenalkan 'boyfriend' kat member2 kn..Macam2 perangai @ kerenah manusia, kite dh tengok bila nak mula nak 'kapal' ehh 'kapel' la, mintak maaf sebab kite tak pernah kapel2 lg, cuma cinta2 monyet, beruk jer yg pernah...hehehe. Ade tak yg nak kapel ngan kite..hahahah, buat promosi diri pulak kn, disebabkan belum sopink raye lagi tapi tertarik dengan promosi sana sini kan tu pasal la....NaK SoPiNkkkkkk tapi duit gaji tak dapat lagi tak pe lg lambat lagi best tak habis cepat....


Wednesday, August 11, 2010

Hari Pertama Puase tahun 1431H

Salam Ramadhan Al-Mubarak n Hari temuduga Saya

Situation- Sebelum pergi temuramah

hari nie ade interview keje hrm...lame tak di temuramah (kan best di temuramah oleh cik wartawan tv3)tah la rase takut jer nie, resume tak print lagi, jap gi kot baru nak terhegeh2 nak print n don't know what i have to wear...help :( then, hari nie first puase n kena gi interview dekat j nak kena jalan kaki la pulak...dugaan :)
Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku pada hari nie, Amin...

Situation 2- On the way

siap2 gi Setiawangsa nak print resume dulu n nampak org makan tak puase pulak ohwww cina rupenyer ceh makan tu dalam2 sikit nie ambik port botul2 tepi pintu masuk n lalu lalang orang kan (ke sy yg terliur tgk kF).
Then, gi la area tempat interview tu tapi yg mane satu nie ade 3 office plak tu gi dekat jalan besar sekali tu ha office yer la atas kedai pizza huttt lapar la pulak..

Situation -Selepas temuramah

Ok, kalau x der pape dlm minggu nie kite akan call la yer..Terima kasih n balik...habis beban di tanggung mcm besar sangat la kn..But i still remember about 1 things

my: nie office yer kot on the right...
my:nie nak msuk office bukak k tak kasut haha????blurr jap..tak der org kot tp still can see infront off pintu masuk tu ade young ladies in the office..tgk office sblah bnyk yer kasut n office nak masuk tu langsung seketul kasut pun tak der...hrrmm kapet nampak bersih jer...tanggal kasut..
then beberapa minute tgh fill form aikk tadi x der org nie ramai pulak org lalu lalang masa tgh fill form pening tul la but nasib ade office tu pasang radio lagu jiwang pulak tu..
send form kat akk tu...lame duk...terfikir depan ade staff tgh do it their job (kusyuk buat keje) pakai selipar then dtg staff boy nie pakai kasut n lepas x der org jap, sunyi kejap kan tnye akk front desk tu

my: akk2.. (tak tahu nak panggil ape arap2 tak kecik ati) boleh pakai kasut sampai dlam k???
Akk:bolehla dik, akk tak perasan pulak adik bukak kasut..(staff kat depan gelak jer)..
my:hehhehe (gelak same cos tak tahu) gilos :)
nasib baik tanyer kalau tak mahu satu office tu gelak jer sbb tak pakai kasut...
dugaan n selesai interview...

balik rumah....

Pantun 2 kerat
...
mak saya tgh buat agar-agar
tgu and sabar yer...

Selamat Berpuase n Berbuka
Yang berpuase,

mirae

Monday, June 14, 2010

Sky Of Love a.k.a Koizora


Cerita yang diadaptasi dari novel terkenal dan paling popular di Jepun

Filem Romantik Jepun

Pelakon :
Yui Aragaki as Mika



Haruma Miura as Hiro


Sinopsis :

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar perempuan iaitu Mika mengalami perubahan drastik dalam hidupnya apabila berjumpa dengan seorang lelaki iaitu Hiro juga pelajar dari sekolah yang sama dengannya. Kisah ini bermula, apabila Mika tertinggal handphonenya di library dan ketika itu Mika dikejutkan dengan panggilan yang tidak dikenali olehnya.. Selepas itu mereka sering berbalas mesej dan juga panggilan. Pada suatu hari, Mika ingin berjumpa dan melihat wajah sebenar Hiro, namun sangkaan Mika meleset apabila orang yang ingin Mika ketemui adalah seorang pelajar nakal di sekolahnya iaitu Hiro. Selepas itu, Mika tidak percaya orang yang selama ini dihubunginya adalah Hiro. Sewaktu balik dari sekolah, Mika mengikuti Hiro dari belakang ke suatu tempat dimana Hiro menanam bunga yang ingin diberi kepada Mika. Dari situlah ,Hiro dapat mengambil hati Mika dan bermulalah percintaan mereka. Hiro sebenarnya seorang yang baik dan bukanlah seorang nakal seperti yang didengari di sekolahnya. Seperti pasangan lain, mereka juga mengalami halangan dalam percintaan apabila bekas kekasih Hiro iaitu Suki mula menganggu hubungan mereka. Setelah beberapa lama kemudian, Hiro ingin memutuskan hubungan dengan Maki tetapi berita lain pula muncul dimana Mika telah mengandung disebabkan ketelanjuran mereka. Hubungan mereka kembali bertaut, apabila mereka bakal menimang cahaya mata. Mereka merancang untuk berkahwin namun keluarga Mika tidak bersetuju dengan rancangan tersebut dan menyuruh untuk mengugurkan kerana mereka masih muda dan bersekolah. Pada malam krismas, berlakulah kejadian Mika terpaksa dibawa ke hospital dan akhirnya Mika keguguran. Mereka berjanji setiap tahun malam krismas akan mengunjungi pusara anak mereka. Akhirnya mereka memutuskan hubungan dan menjalani kehidupan seperti biasa. Mika berkenalan dengan Yu dan dia banyak menolongnya ketika susah terutama apabila ibubapa Mika ingin bercerai dan Yu telah berjaya menyelamatkan keluarga mereka daripada berpecah belah serta mengajar Mika dalam pelajarannya sehingga Mika dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Selepas beberapa tahun iaitu pada malam krismas Mika datang seperti biasa tetapi kawan baik Hiro datang sebagai ganti Hiro. Akhirnya terbongkarlah rahsia Hiro selama ini kenapa Hiro ingin sangat memutuskan hubungan mereka. Mika sangat sedih apabila mendapat tahu tentang keadaan Hiro dan berjanji akan menjaga Hiro. Selepas itu, mereka bersama semula dan bahagia tetapi selepas itu Hiro telah......watching this movie ok kat astro channel 131, sy tak tulis smbgan cerita ini disebabkan tgh geram tgk slot cerekarama kt tv3 Sutera sebalik wajah sedih:-)....

Comment:
cerita yang menarik about teenage n loving couple
...

L.o.v.e story by mi e ra (pronounce in japanese ok)...

Thursday, May 20, 2010

Don't take PANADOL..

macam2 jenis panadol nie

hai...how are you today? ade pening2 tak atau sakit kepala k? ye la macam mane tak sakit kepala kerja kat office nie ha bertimbun2 (mcm la i nie keje kat office, kerja pun blum lg) ,blum lg blik umah dgn keadaan umah mcm rakit nak hanyut (peribahasa mak i selalu ckp i follow je) ,blum problem dgn bf lg tu (i single ok, promote la tu) tu blum lg kalu ade hutang pikir dlm kepala otak nie mane nak cari duit (hutang ngan MARA , nnti i keje i bayar yer) ,mcm2 problem datang dh tentu2 sakit kepala kan ape lg gi kedai (nak gi kedai 7eleven, tak main la kedai ah chong k, mutusamy k, mak kiah k up skit la, padahal beli panadol j pun...) beli panadol sepapan (skrg harga ubat dh mahal tak cam dulu ) makan 2 biji x leh lbih dose.

Tapi kan sebenarnya panadol nie toxic tau yg msuk dlm body kite (tahu kn toxic tu ape, ala mcm sisa toxic yg ade org buang tu, kat tong tu ade gmbar tengkorak tu rase yer la kn, krg explain pjg bejeler toxic tu ape, pjg la pulak entry nie) ia akan menyebabkan hati kite rosak tau (ingt bf @ suami korang j yg blh sakit kan hati korang, panadol pun same tau), PANADOL nie akan berade dlm our body selame (cube teka brp lame 1,2,3, days, weeks, ) salah meh kira same2...
*
1
*
2
*
3
*
4
*
5
*
5 tahun itu pun plg kurang tau

kalau dengar mmg ngeri bayang kn dlm setahun kite mkn PANADOL tu brp biji (byk smpai x terkire pun, kalau di kumpul2 kn smpai 5thun brp byk kn). Dlm setahun jagung (tetiba ade jagung pulak, selalu org ckap setahun jagung kite ikut jer dorang ckap, yg baik jer i ikut yg tak baik i buang dlm tong smpah ok... ) kite hanya boleh makan PANADOL tu dlm anggaran 4@6 biji jer setahun ( i xingat sgt la,u search la @tanye doktor ) ..

Tapi menurut doktor (tp dokt i x ckap pun,dokt u ade ckap x, sbb dorang ade byk patient yg kena rawat drpd nak rawat uols+ i kn..tu yg x sempat gi tahu uols) apabila kite sakit kepala (bkn sakit otak tau, tu namanya gila..gurau j) ia disebabkan due to the electron/Ion yg ketidakseimbangan di dalam our brain..(susah lah nak terangkn kat korang, tnya doktor korang jer la ape yg menyebabkan skit kepala nie, sbb i bukan doktor nak terang2kn because i'not doktor ok..i tahu it jer bab wayar cmptr bkn wayar dlm kepala kite semua nie..)

Ok2 relax...to all my patient (ade hati nak jd doktor tu la mak ayah says--suruh bljr pandai2 x mau asek nak main jer keje yer --skrg i baru nak insaf...) smbg er byk sgt iklan , kite tak payah makan ubat k PANADOL k(sesiapa yg tak suke makan ubat suker la tu kn..teringat my abg sedara kalau nak mkn ubt susah skit, tak bleh makan ubat yg berbiji2 kena ambik lesung batu dulu n tumbuk+hancur2 kan+kasi ubat tu jd serbuk n cmpur ngan air, tak tahu pulak crita dia tak leh makan ubat mcm tu mase duk ngan family i dulu..) cara alternatif untuk hilang kn sakit kepala nie dengan beli air tin @ botol isotonik je. Cth air 100plus (paling baik la)..

CARA 2...(salin yer puan2 chef wan nak bagi resipi kepala tak sakit2 lagi nama yer...suke chef wan masak sedap jer...)

Bahan-bahannya:- air isotonik (ape2 brand..)
air mineral (air yg dimasak @ air bio aura paling bagus..promote2)




Cara-caranya :- 1 cawan Air isotonik dicampurkan dengan 1@2 cawan Air Mineral..
Lepas tu minum la...bace doa dulu..

Selain itu, dengan merendamkn kaki dalam besen yg mengandungi air suam dapat mengurangkn tekanan darah yg menyebabkan kepala berdenyut2 sakit...
Kalau kena makan jugak PANADOL sebab dh dibeli @ stok ade lg (kate sepapan kalau beli panadol) n mcm susah sgt nak dapat air isotonik especially waktu malam (kedai mak kiah n kedai runcit lain2 dh tutup terutama bile time blik kg, susah tul la cepat j nak mentutup, baru kul 8pm...kedai kt kg mesti nama pelik2 cth my kg punyer kedai nama nyer kedai mat belimbing padahal x jual pun buah belimbing..mcm2 la nama kedai kt kg nie,kalau citer mmg x hbis....) makan je la PANADOL tu nak wat cam ner lg, pasrah jer lgpun sebab sakit tp pasti kena minum air byk tau...

think b4 you easily pop that familiar pill into your mouth..

value of life
DR. miera




Sunday, May 16, 2010

ohh My car...




sgt suke sama kereta nie....tp dok berangan biler lah nak beli kereta nie kan , kerja x der lg (penganggur setia a.k.a suri rumah) hutang mara x selesai lg (banyak owhh..), kene byk pikir nak beli kereta, not very important kot 4 this times (cakap org puteh berabuk)..maybe 1 day akan ku tunaikan impian ku tuk beli kereta (mak+abah tolong belikan boleh? mahu kene maki hamun nnti)...

senarai kereta paling popular/byk digunakan/penjualannya di malaysia

Top 10 Model of 2009
(2010 blum hbs x leh wat kajian lg..)

1. MyVi




2.Proton saga




3.Perodua Viva

4.Proton Persona



5.Toyota Vios





6. Honda City



7.Proton Exora



8.Toyota Hilux



9.Nissan Grand Livina


10.Toyota Avanza



tahniah kpd rakyat malaysia yg still beli n percaya kpd buatan tempatan, buatan malaysia ok pe..seterusnya klik top model kereta utk tahu kereta yg lain yer....

i love M'sia....

Mengandung anak pertama

Assalammualaikum, Fuhh habuk. Selepas 4 bulan kahwin, period bulan 7 lewat. Kite diam je lar, mungkin lewat kot. Bagi tahu husband lewat...